Pages

أهلا و سهلا و مرحبا بكم

Thursday 13 December 2012

Aplikasi Fonem (ال)


https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtWVhSWEV0MDc2NUE/edit

Di atas merupakan link tentang aplikasi fonem (ال) .
Semoga dapat dijadikan panduan dalam penulisan, pertuturan dan penterjemahan Bahasa Arab yang baik.

Kajian Kes Pembelajaran Balaghah Peringkat STAM


https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtZHM2U09VX3lKa1k/edit

Assalamu'alaikum.
Pada hari ini, saya berminat untuk kongsikan satu kajian kes tentang pembelajaran Balaghah di peringkat STAM yang mana ia merupakan satu cabang dari Bahasa Arab yang membahaskan tentang gaya Bahasa Arab. Pengetahuan dan penguasaan dalam Bahasa Arab tidak akan sempurna sekiranya gaya bahasanya tidak dapat dikuasai dengan baik. Kajian ini dibuat rentetan terdengarnya rungutan bahawa pelajar tidak dapat menguasai subjek Balaghah dengan baik.

Wednesday 12 December 2012

Mari Bertutur dalam Bahasa Arab!

Video di bawah boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar (BBM) dalam komunikasi Bahasa Arab.
Semoga bermanfaat kepada semua dalam melakukan latihan komunikasi Bahasa Arab.
Selamat menonton!




 






Koleksi Soalan & Jawapan Subjek Tauhid (E'dadi 2)


https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRta1BfMG1jUjI0UTQ/edit

Assalamu'alaikum, para pembaca.
Pada hari ini saya ingin kongsikan koleksi soalan dan jawapan yang saya keluarkan dari buku tauhid (subjek diniah) tingkatan 2 berjudul "Muzakarah Tauhid" yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).
Tujuan penghasilan koleksi ini adalah untuk memudahkan pelajar memahami dan menghafal isi kandungan tauhid serta memandu pelajar menjawab soalan dengan betul dan tepat.

Tuesday 11 December 2012

Sukatan Pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM


https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtWXpaZXhFaTYzOVE/edit

Sila klik link di atas untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang silibus atau sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM.

Sukatan pelajaran Bahasa Arab Tinggi KBSM terdiri daripada:

1) Kemahiran bahasa.
2) Kaedah-kaedah / Tatabahasa Bahasa Arab.
3) Balaghah. (Kiasan)
4) Nas-nas sastera.
5) Hikmah dan perumpamaan.
6) Pengayaan bahasa.


Soalan Percubaan Bahasa Arab PMR 2012 - NSDK

Assalamu'alaikum, pembaca yang budiman.
Di bawah ini adalah soalan percubaan Bahasa Arab PMR 2012 (Negeri Sembilan) untuk rujukan semua pembaca terutama guru dan pelajar.

https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtRU1NYUlPb0RaUG8/edit

Ini pula skema jawapannya:

https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtS3U3bGhYaWZ5Qkk/edit

Monday 10 December 2012

Mari Belajar Menyampaikan Berita Bahasa Arab!






Assalamualaikum pembuka bicara.
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian video penyampaian berita dalam Bahasa Arab oleh pelajar-pelajar sekolah menengah.
Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menjana idea dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berinovasi dan berkreativiti tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam pertuturan Bahasa Arab.
Selamat menonton!

Friday 7 December 2012

Nota Bahasa Arab PMR 2012


https://docs.google.com/file/d/0B9NipLFEDwRtZnppMkQ2d1lQWXM/edit

Dapatkan nota Bahasa Arab PMR 2012 di hujung jari anda. Hanya klik link di atas dan bersedialah untuk menerokai alam Bahasa Arab yang sungguh menyeronokkan!
Selamat meneroka dan mengambil input-input berguna!

Kajian Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA Malaysia


http://www.ukm.my/ppbl/GEMA%20vol%2011%20(2)%202011/67-82.pdf

Ini adalah link bagi satu kajian tentang teknik yang digunakan guru Bahasa Arab dalam pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia.
Semoga kita dapat membuat penilaian yang sewajarnya dan mengambil pengajaran selepas membaca kajian ini. Selamat membaca!

Lagu Nasyid Arab Kanak-kanak


Assalamualaikum pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin mempersembahkan sebuah lagu nasyid arab kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) dalam mata pelajaran Bahasa Arab.
Nilai-nilai murni dalam lagu: Kasih sayang, menghormati dan mengenang jasa ibu atau bapa. 

Ibuku Seorang Suri Rumah

Ibuku seorang suri rumah,
Ibuku, betapa aku menyayanginya,
Apa akan terjadi pada rumah,
Aku pun tidak tahu jika tanpanya.
(Ulang 2 kali)


Aku lupa sehinggapun diri sendiri,
Tetapi aku tidak melupakannya,
Dan sebagaimana dia menjaga kami,
Demi Allah, akan kami menjaganya juga.
(Ulang 2 kali)


Ibuku seorang suri rumah,
Ibuku, betapa aku menyayanginya,
Apa akan terjadi pada rumah,
Aku pun tidak tahu jika tanpanya.
(Ulang 2 kali)


Aku lupa sehinggapun diri sendiri,
Tetapi aku tidak melupakannya,
Dan sebagaimana dia menjaga kami,
Demi Allah, akan kami menjaganya juga.
(Ulang 2 kali)




Thursday 6 December 2012

Perasmian Blog Pendidikan

Assalamualaikum. Hari ini, 6 Disember 2012 adalah hari perasmian blog pendidikan saya oleh saya sendiri, tuan punya blog. Guru yang memberi tunjuk ajar adalah Puan. Asmara Binti Alias. Terima kasih diucapkan.