Assalamu'alaikum.
Pada hari ini, saya berminat untuk kongsikan satu kajian kes tentang pembelajaran Balaghah di peringkat STAM yang mana ia merupakan satu cabang dari Bahasa Arab yang membahaskan tentang gaya Bahasa Arab. Pengetahuan dan penguasaan dalam Bahasa Arab tidak akan sempurna sekiranya gaya bahasanya tidak dapat dikuasai dengan baik. Kajian ini dibuat rentetan terdengarnya rungutan bahawa pelajar tidak dapat menguasai subjek Balaghah dengan baik.
Assalamu'alaikum, para pembaca.
Pada hari ini saya ingin kongsikan koleksi soalan dan jawapan yang saya keluarkan dari buku tauhid (subjek diniah) tingkatan 2 berjudul "Muzakarah Tauhid" yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS).
Tujuan penghasilan koleksi ini adalah untuk memudahkan pelajar memahami dan menghafal isi kandungan tauhid serta memandu pelajar menjawab soalan dengan betul dan tepat.
Assalamu'alaikum, pembaca yang budiman.
Di bawah ini adalah soalan percubaan Bahasa Arab PMR 2012 (Negeri Sembilan) untuk rujukan semua pembaca terutama guru dan pelajar.
Assalamualaikum pembuka bicara.
Dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian video penyampaian berita dalam Bahasa Arab oleh pelajar-pelajar sekolah menengah.
Semoga dengan perkongsian ini, kita dapat menjana idea dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab berinovasi dan berkreativiti tinggi seterusnya dapat meningkatkan tahap kemahiran pelajar dalam pertuturan Bahasa Arab.
Selamat menonton!
Dapatkan nota Bahasa Arab PMR 2012 di hujung jari anda. Hanya klik link di atas dan bersedialah untuk menerokai alam Bahasa Arab yang sungguh menyeronokkan!
Selamat meneroka dan mengambil input-input berguna!
Ini adalah link bagi satu kajian tentang teknik yang digunakan guru Bahasa Arab dalam pengajaran kemahiran bertutur Bahasa Arab di SMKA di Malaysia.
Semoga kita dapat membuat penilaian yang sewajarnya dan mengambil pengajaran selepas membaca kajian ini. Selamat membaca!
Assalamualaikum pembaca yang budiman. Hari ini saya ingin mempersembahkan sebuah lagu nasyid arab kanak-kanak yang boleh dijadikan bahan bantu mengajar (BBM) dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Nilai-nilai murni dalam lagu: Kasih sayang, menghormati dan mengenang jasa ibu atau bapa.
Ibuku Seorang Suri Rumah Ibuku seorang suri rumah, Ibuku, betapa aku menyayanginya, Apa akan terjadi pada rumah, Aku pun tidak tahu jika tanpanya. (Ulang 2 kali) Aku lupa sehinggapun diri sendiri, Tetapi aku tidak melupakannya, Dan sebagaimana dia menjaga kami, Demi Allah, akan kami menjaganya juga. (Ulang 2 kali) Ibuku seorang suri rumah, Ibuku, betapa aku menyayanginya, Apa akan terjadi pada rumah, Aku pun tidak tahu jika tanpanya. (Ulang 2 kali) Aku lupa sehinggapun diri sendiri, Tetapi aku tidak melupakannya, Dan sebagaimana dia menjaga kami, Demi Allah, akan kami menjaganya juga. (Ulang 2 kali)
Assalamualaikum. Hari ini, 6 Disember 2012 adalah hari perasmian blog pendidikan saya oleh saya sendiri, tuan punya blog. Guru yang memberi tunjuk ajar adalah Puan. Asmara Binti Alias. Terima kasih diucapkan.